Pada masa ini, aku sedang berada dalam kapal terbang. Dalam perjalanan pulang ke rumah. Lapar dan rasa kurang bermaya. Bukan apa, ini semua dek kerana jadual penerbangan yang terpaksa ditunda dek kerana masalah teknikal. Katanya..
Pada masa yang sama, cuaca di HCMC dan KL dikatakan mendung dan hujan. Nak nak memang tadi di HCMC memang hujan lebat. Harapnya di KL nanti tak lah hujan dan kami selamat sampai tepat pada masa yang dijadualkan iaitu pada pukul 9 malam.
Kesian jela kene ambil kami di ERL pada pukul 10 nanti. Mokcik tu tidur awal. Hahaha…mesti mulut atas bawah di tercungap2 membebel je nanti.
Ohhh.. Sebaik sahaja sampai nanti, kami merancang untuk makan di Restoran Nasi Arab di area rumah kami. Harapnya masih lagi buka + ada makanan. Pengsan…
Insyaallah..