HO CHI MINH VIETNAM : PULANG KEMBALI

Kami keluar hotel seawal pukul 1tghari. Dan waktu sekarang ialah pukul 4ptg. Jadual penerbangan telah ditunda kepada pukul 5petang dek kerana kapal terbang masih tak sampai lagi. Pengsan.

Sabar menanti

Dalam perjalanan ke lapangan terbang antarabangsa Saigon ini, aku ternampak station minyak. Akhirnya nampak juga. Jenama PertrolMax rasanya.

Perjalanan kami ke lapangan terbang ini sangat smooth. Jalan pun besar dan boleh dikatakan selesa lah juga. Cuma kenderaan yang digunakan agak sempit. Berbeza sangat dengan kenderaan yang digunakan di Phuket Thailand hari itu. Van di sini lebih kecil. Lebih kurang saiz Avanza je. Jadi tak banyak ruang yang boleh digunakan untuk letak bagasi bagai.

Sama seperti di Phuket, kebanyakan kereta yang digunakan ialah daripada jenama Toyota. The 2nd jenama yang aku tengok pula ialah Mitsubishi..kebanyakannya aku lihat yang guna jenama Mitsubishi ini macam agak berada. Lain- lain pula lebih kepada penggunaan motosikal. Kebanyakan papan papan iklan pun lebih kepada iklan motosikal.

Oh, semalam petang aku berpeluang melihat satu perlanggaran kecil antara motosikal di satu selekoh bulatan. Sebelum ini aku ingat mereka semua expert. Rupanya ada juga kejadian perlanggaran seperti ini. Cara mereka menunggang sangat confident dan yakin. Hon hon hon tu memang dah biasa sangat. Kalau tak hon memang pelik la tu.

Kebanyakan warna warna tema yang digunakan disini hijau tua dan merah. Mungkin ini adalah warna tema bagi ideologi komunis kot. Sesuatu yang aku kagum disini ialah cara pemakaian mereka yang consistance. Kebanyakan daripada wanita yang bekerja pasti akan memakai baju yang bereka bentuk baju kebangsaan mereka..sopan dan teratur. Yang membezakan antara mereka cuma warna yang digunakan.