SIKAT FURMINATOR UNTUK KUCING

image

Antara barangan wajib ada untuk si penjaga kucing : SIKAT. Memang kene pandai memilih sikat yang bersesuaian dan berkesan untuk menyikat bulu bulu kucing. Bulu kucing ini macam rambut manusia juga. Kalau tidak dijaga / disikat, mesti kusut masai 🙂
image

Kebanyakan aksesori dan barangan penjagaan kucing memang sesuai dibeli via online. Harga lebih murah dan kita boleh beli dari ceruk dunia mana sekalipun hahahaha.

Sikat jenama FURminator ini nampak macam popular je di internet. Kalau di google, memang ramai yang bagi testimoni positif. Jenama sikat ini ialah dari USA. Kalau nak diikutkan, lain blog lain harga yang ditawarkan. Harga jualannya? RM60 lebih kepada RM120. Kena pandai mencari penjual yang jual pada harga yang ‘diinginkan’.
image

image

Setakat ini, sikat ini memang berkesan dan dapat sikat banyak bulu-bulu yang mati. Kucing kucing kat rumah aku ini memang semuanya menternak bulu agaknya hihi.
image

Siapa yang paling banyak bulu? Si Jantan Hangguk Hiroki. Kucing jantan memang macam ini kot.
image

Emmm, kalau sikat biasa memang tak akan dapat bulu-bulu yang banyak macam ini. Maknanya, memang berkesanlah sikat FURminator ini

#deShedding

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI