DRIVE THRU STARBUCK CYBERJAYA

image

Aku sendiri tak tahu apa istimewanya minum Starbuck ini. Adakah kerana jenamanya atau minuman kat sini memang sedap? Sampai sekarang aku rasa tak boleh feel rasa kopi kat sini. Boleh?

Kalau tak kerana diajak, tak adanya aku nak datang sini. Aku dikelilingi oleh orang yang suka minum Starbuck. Pengsan.
image

Punyalah hebat penangan Starbuck ini, sampaikan diorang buat drive thru order. Aku tengok, kat highway pun dah makin bertambah bilangan Starbuck.

Last friday, Salina bawa aku pergi drive thru di Starbuck Cyberjaya. Seperti biasa, bab order aku serahkan kepada Salina. Manalah aku tahu nak order kan. Pelik pelik namanya. Karang salah sebut, buat malu ja hahahaha.
image

Emmm, baru perasan baju yang dipakai Salina tu sesuai dengan tema minum kopi Starbuck hahaha.

Ketika itu, waktu dah nak masuk Zuhor (solat jumaat). So, alang alang hantar pergi masjid mizan, aku suruh Salina tunggu aku solat jumaat jap. Lagipun cuaca mendung dan gerimis + bos pun tak masuk pejabat.

Sabar je lah.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI