Pejam celik pejam celik, hari ini sudah 1 April 2014. Rasa macam semalam je dok tengok bunga api sempena sambutan tahun baru 2014. Sabar je lah. Segala-galanya berlaku, berubah dan berjalan dengan cepat. Betulah, masa semakin pantas berlalu. Manusia semakin sibuk (menyibuk) agaknya.
Tengok kat blog mykeledek dan kerinchi.com pun makin sunyi. Orang comment / customer tanya nak beli pun aku terpaksa tak reply dan menolak untuk menjual. Aku tak punya masa dan kelapangan sangat sekarang. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Itu sebelum ini…. Rasanya start dari bulan ini aku nak perbetulkan dan meriahkan lagi blog aku ini ( especially mykeledek).
Doakan yang terbaik.