JAKARTA BANDUNG INDONESIA : JADUAL DAN TARIF KERETAPI PART 1

Syukur, aku diberi petunjuk untuk mengodek mana mana laman portal. Terus direct kepada laman web http//www.kereta-api.co.id untuk check jadual dan harga tiket. Aku tengok, lain hari memang lain harga dan mananya. So far di laman portal ini, aku tengok hanya info mengenai Agro Parahyangan sahaja yang dinyatakan. Tak pasti, mungkin lain lain pengedali kot.

Secara kasarnya, aku perhatikan harga tiket bagi hari minggu adalah lebih mahal sedikit berbanding hari biasa. Iaitu samaada Rp60K atau Rp80K untuk kelas eksekutif. Disini, aku lebih tekankan untuk mencari meklumat mengenai kelas eksekutif sahaja. Alasannya mudah, mahu yang lebih selesa dek kerana perjalanan yang jauh serta tidak mahu menanggung risiko.

Anggaran jadual perjalanan kasar bagi Agro Parahyangan bagi Jakarta (Station Gambir) menuju ke Station Bandung pula ialah :

Jam 5.55 – Jam 9.01
Jam 8.25 – Jam 11.24
Jam 10.35 – Jam 13.46
Jam 15.50 – Jam 19.02
Jam 17.50 – Jam 20.44
Jam 20.25 – Jam 23.25

Manakala anggaran perjalanan kasar bagi Station Bandung menuju ke Jakarta (Station Gambir) pula ialah :-

Jam 5.00 – Jam 8.01
Jam 6.30 – Jam 9.34
Jam 12.00 – Jam 14.57
Jam 14.30 – Jam 17.22
Jam 16.30 – Jam 19.34
Jam 19.50 – Jam 22.49

Besar kemungkinan jadual dan tarif ini akan berubah semasa aku berada disana. So, kene pastikan aku sentiasa alert dengan laman portal ini. Pengsan

Pada masa yang sama juga, aku kene buat perbandingan dengan Jadual dan tarif Agrogede. Which one is better dan suit with our schedule.