Aku sebenarnya rambang mata dan sedikit sebanyak terpengaruh dengan bos aku. Dia banyak suggest beberapa jenis barangan dan jenama popular buatan itali. Harganya sudah tentu mahal kalau beli di Malaysia.
Tu yang dia gigih mahu aku beli beberapa jenis barangan di Itali. Aku pula, follow dan seperti biasa ikut sahaja nasihat dia.
Kasut Prada ini aku beli pada harga EU225 kalau tak silap (or EU190) Haiyooo, kau biar betul MNM. Beli kasut kerja Prada? Pengsan Cik Kiah kalau tahu hahaha.
Bos aku? Beli umpama membeli baju di Jusco hihi. Logik lah dik, kasut ubtuk saiz kaki dia susah nak cari di Malaysia. Itu yang dia beli beberapa pasang tu. Bukannya selalu dapat peluang bercuti dan membeli di luar negara.
Lagi? Aku beli kasut kerja Gucci. Aku tidak boleh menyatakan tidak untuk kasut ini. Kagum giler dengan hasil kerja dan kemasan yang ada pada kasut ini. Harganya ialah EU225 juga.
Aku pun beli wallet Gucci disini. Semua aku beli last minute di kaunter hahaha. Harganya ialah EU150. Main ambil je umpama harganya dijual dalam urus niaga Ringgit Malaysia hahahaha.
Bos aku pesan, kalau nak beli jangan convert dulu. Kene ingat, kita beli di Milan Itali. Harganya sudah tentu jauh lebih murah berbanding tempat lain di Itali dan of cz Malaysia juga.
Dia pun pesan kat aku, beli je apa yang suka as a gift and present untuk diri sendiri. I follow dik.
Urusniaga tukaran mata wang aku ialah pada kadar EU1 = RM4.47.