Semalam, aku berbuka puasa di Restaurant Thai Tomyam Kung @ Presint 15 Putrajaya. Seperti biasa, aku akan makan berat selepas solat maghrib.
Buat pertama kalinya aku order air durian belanda. Memang segar dari ladang cz diorang siap bagi biji buah belanda tu dalam air. Huhu, memang sedap.
Apa yang aku makan? Seperti biasa lah dik. Tomyam kung, Kung petai dan cucur udang. I falling love dengan cucur udang.
Ermmm, satu jam jugak lah aku spend masa kat kedai makan ni. Siap berbuka sekali dengan staff kedai tu hahahaha. Sabar je lah.
Just wonder, hari ini aku nak berbuka apa. Rasa macam nak masak je kat rumah. Insyaallah.
Tak selesa makan di luar.