Lupa, 28 ogos merupakan tarikh kematian bagi arwah datuk sebelah mak aku. Subhanallah, macam mana aku boleh lupa. Rindu pulak aku dengan dia. Arwah meninggal pada 28 ogos 1990. Waktu itu usia aku baru 5 tahun.
Tidak banyak memori bersama arwah yang aku ingat. Kalau ingat pun, ala-ala ingat lupa. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman.
Alhamdulillah, setakat ini aku tidak pernah ketinggalan untuk menziarahi kubur arwah tatkala hari raya. Sekurang-kurangnya setahun sekali la kan.
Tak boleh jadi nie, tahun depan mesti nak buat kenduri tahlil untuk arwah. Insyaallah semoga dipermurahkan rezeki dan panjang umur.