Syukurlah anak anak, dapat jugak aku hadir ke majlis tahlil untuk arwah nenek salina belah mak dia. Arwah meninggal tatkala aku outstation di Singapura. Jadinya, tidak dapat hadir di majlis tahlil pada ketika itu. Last2 aku dapat hadir untuk majlis tahlil sempena 40 hari macam tu.
Tuan rumah jamu dengan nasi putih, ikan bakar petai, gulai kawah, udang masak kunyit etc. Sedap sedap belaka dikk. Dah boleh buka kedai makan sarapan agaknya ini huhu.
Terpaksa balik awal cz esok nak kene get ready dengan kerja kerja yang lain pula.
Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.