Huh, sejak start semula berniaga online ini aku rasa macam bertambah stress je ahaks. Bayangkan, banyak produk yang aku tidak update. Banyak betul produk-produk baru di bawah DHerbs dan VAsia. Haiyooo, jadi satu hal aku nak study dan update senarai produk jualan.
La ini, aku start balik menjual Glutaking, Radianze Signature dan Dynaz macam tu. Tapi tidak sempat untuk update harga etc. Pengsan dibuatnya. Bayangkan, nak bahagikan masa official, business, personal etc. Tak cukup nafas dibuatnya.
Sukar untuk diucap dengan kata-kata.
Mahu update blog pun tak cukup masa dan kelapangan. Banyak tempat dan ceruk dunia aku sudah terokai. Tapi apakan daya, tak dapat lagi nak update di sini – Itali, Hanoi Vietnam, Singapura, Bandung dan Jakarta Indonesia, Labuan etc. Pengsan.
Oh, betapa ruginya hidup ini tanpa ada apa-apa coretan di blog.