Aku ini bukanlah jenis orang yang suka makan pelik pelik. Tapi kalau dah diajak dan keadaan mendesak..aku OK je. 2 malam berturut turut kot aku makan frozen yogurt di Snogurt Presint 15 Putrajaya. Dekat je dengan rumah..so OK je.
Biasalah, cuaca panas je sejak akhir akhir ini. Hujan pun tak tentu. Ditambah pula aku terlibat dalam sambutan Hari Belia di Putrajaya.. Jaga booth dan juga jual kain 🙂 business sangat. Panas kot. Dok berjalan kehulu hilir..angkut barang sana sini..jem sana sini..sesak sana sini. Last last haus menguasai diri. Gitew
Aku tak tahu kalau kawan aku tak bagitahu. Oh, rupanya waktu operasi Snogurt Cawangan Presint 15 Putrajaya ini berbeza beza. Siap ada discount dalam hari hari dan masa masa tertentu. That why lah kawan aku ajak makan untuk 2 hari berturut turut iaitu pada hari sabtu dan ahad malam lepas. Itu pun makan untuk dapatkan diskaun 20percent ( jam 9.30malam – 11.00malam – hari ahad hingga hari khamis sahaja ). Itu yang kami datang malam area pukul 10pm lebih tu.
Lama lama aku makin serasi jugak lah dengan citarasa dan rasa froyo di Snogurt ini. Baguslah..aku tengok pun dah macam lebih baik dari 1st time aku datang makan dulu.
Tapi yang sedihnya informasi yang ada di laman web Snogurt ini macam tak complete. Ada kekurangan dari segi maklumat dan promosi. FBnya pun aku tak faham sangat. Ke aku yang memang tak suka/tak pandai baca timeline FB ni?
Aiii..lama tak pekena Tutti Frutti. Next gaji nak p sana pulak lah