TERUJA DENGAN BENIH POKOK

image

Teruja yang amat dengan benih benih pokok ini. Aku beli di gerai PPK Bera semasa MAHA 2014 yang lalu.

6 benih anak pokok kalau tak silap. Aku main sebut dan pilih je. Sebelum ini aku ada beli benih dan bawa balik kampung. Tapi sampai sekarang aku tak tahu apa status anak pokok tu. Samaada masih hidup atau telah mati (jika ditanam) ataupun telah mati dalam bekas semaian. Pengsan.

Oleh kerana itulah aku ambil kesempatan balik ke kampung untuk tanam anak anak pokok ini. Senang nanti lepas 2 atau 3 tahun boleh tuai hasilnya.

Yes, aku sangat suka bercucuk tanam. Sangat suka keliling rumah aku penuh dengan pohon buah buahan + ternakan. Im kampung boy 🙂

Tak sabar nak balik kampung nie. Esok pagi aku akan bertolak. Area pukul 3.45 pagi bangun. Mandi, solat 2 rakaat dan mengaji al quran 2 pages dulu. Kemudian baru bertolak.

Doakan semuanya berjalan dengan selamat.

Bangga cz kereta penuh dengan barang barang hahahaha. Periuk belanga, produk dherbs, tupperware, baju, anak pokok etc. Doakan juga agak murah rezeki dan sihat tubuh badan. Insyaallah semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI