HOME PRO IOI CITY MALL

image

Baru berkesempatan berjalan jalan di IOI City Mall. Terletak berhampiran dengan Putrajaya. Kalau tak silap, pentadbirannya terletak dibawah Sepang.

Saja datang sini melihat suasana kat shopping mall baru. Memang wow ramai betul manusia yang datang bertandang ahaks.

image

Aku sempat masuk ke dalam Home Pro je. Sangat mengujakan masuk dalam sini. Memang sesuai untuk orang yang suka bertukang macam aku (walaupun tiada masa).

Nampak gaya macam banyak barangan daripada Thailand. Entah entah syarikat daripada Thailand kot. But i like it. Banyak barangan yang kreatif / inovatif / harga berpatutan. Memang betul betul lawan kepada Ace Hardware.

Next time nak spend lebih masa kat sini. Ada banyak benda boleh tengok. Mana tahu ada yang bersesuaian. Boleh ambil dan beli terus.

Rasa malas nak beli apa apa pada hari ini coz sabtu  (hari tanpa beg plastik). Pengsan.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI