MAKAN DI TOMYAM MALEE CLASSIC KAJANG

image

Makan apa yang sedap di Kajang? Aku sedang menggagau cari nie. Masih tidak punya masa untuk jalan jalan keliling bandar kajang. Selalunya aku akan ambil masa lebih kurang setengah tahun untuk fasih + khatam jalan disesebuah tempat/bandar yang aku tinggal.

Malam ini aku makan di Tomyam Malee Classic. Terletak berhampiran dengan station minyak Shell dan Petronas bersebelahan dengan Metro Kajang (Kalau tak silap). Jenuh mak mencari tempat makan katanya. Untuk pertama kalinya, kita cuba dulu disini.

image

Kami order Tomyam campur, kangkung goreng belacan, telur dadar, nasi putih dua, air tembikai dan air suam. Total makan disini tadi RM16.50. Tak tahu lagi nak klasifikasikan sebagai berpatutan atau agak mahal atau macam mana. Kene usha tempat lain juga.

Apapun, service cepat.  Beberapa minit selepas order, makanan pun sampai. So memang tak menunggu lama.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI