Kami bermalam di Move Hotel, Venice Itali. Salah satu hotel yang paling OK dalam trip kami ini hahahaha. Nampak lah standard nya dikk. Tenang aman dan tak ramai sangat orang. Just wonder, aku tak nampak sangat penduduk tempatan yang menginap di hotel.
Lagi? Pekerja hotel kebanyakkannya tidak pandai bertutur dalam bahasa inggeris. Agaknya diorang tak pentingkan sangat bahasa kedua kot. Ada aku kisah diorang kata hahahaha.
Gambar ini diambil pada pukul 9 malam. Masih terang benderang lagi kat sini.
Rasanya hotel ini dimiliki oleh syarikat Fiat. Sana sini ada dekorasi kenderaan fiat + sejarah syarikat.