Hari ini, 27 Januari 2015, genap 2 tahun arwah nenek aku meninggal dunia. Aku sendiri tidak pasti dia sakit apa. Anggap sahaja sakit tua + ketentuan Ilahi.
Semoga arwah dicucuri rahmat dan bersemadi dengan aman di sana.
Tahun ini tidak tahu lagi bila nak buat kenduri arwah untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Harap dalam beberapa bulan terdekat ini. Insyaallah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan olehnya.