NAIK TUT TUT

image

Van yang membawa kami balik ke hotel tak muncul – muncul dikkk. Janji pukul 2 petang. Tapi tunggu sampai pukul 3 ptg, tak juga muncul. Tak faham dengan dia ini.

image

Last-last kami balik naik tut tut je hihi. THB100 sahaja pun. Memamg kow kow murah pemandu tu bagi kami.

image

Pemandu tu umurnya 32 tahun dan baru ada anak seorang. Dia cerita, kos untuk tut tut ini lebih kurang THB100 (lebih kurang RM10) sahaja sehari sebab diorang guna LGV. Dengan kata lain, memang menguntungkan kalau meniaga tut tut ini.

Dia ada cerita juga masalah kos sara hidup di Thailand ini. Semakin hari semakin mahal. Kiri kanan ada pembangunan hartanah / kondominium. Tapi orang biasa macam dia tidak mampu nak beli. Masalah dunia rupanya.

Yelah, pemaju lebih suka buat pembangunan mewah berbanding sederhana atau kos rendah sebab untungnya lebih cepat dan banyak.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI