JIWA KOSONG

image

Aku tak tahu kenapa minggu ini aku rasa kosong semacam. Kehidupan aku seakan tiada arah tuju atau matlamat yang nak dicapai.

Oh, mungkin parlimen baru bermula dan memang tiada program berkaitan. Gila aku ini, sewaktu sibuk nak masa lapang. Tapi sewaktu dah lapang, rasa bosanlah…kosonglah. Hangguk betul.

Perniagaan aku pun sudah lebih sebulan tak jalan ini. Sedikit demi sedikit aku mula menerima order. Kalau sebelum ini order memang ada tapi aku tak terima sebab tiada mood hahahaha. Sibuk anak2.

Ini pun aku sedang memikirkan untuk hantar seekor anak kucing yang sakit sebab fungus yang kelihatan sangat teruk. Nak hantar ke Klinik tapi waktu tidak mengizinkan. Nak buat macam mana, jarak rumah sudah jauh. Kalau pergi pun buat letih menghadap jem sahaja. Sabarlah, sabtu ini aku hantar kau.

1st time malam ini aku lepak di kawasan kolam renang / gymnasium rumah. Memang sunyi dan sangat privasi betul kondisinya. Best jugak hembusan angin malam disini. Tenang sahaja. Sebelum ini aku berkira-kira nak lepak disini. Tapi malam ini rasa macam malas nak terperuk lelama dirumah. Sedap juga kalau dapat update blog disini. Banyak pula ideanya ahaks.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI