Kuat makan aku sejak akhir akhir ini. Ongkos tak berapa tapi makan makin kuat. Aku sendiri tak tahu kenapa. Adakah kerana aku kuat sangat bekerja selama ini dan pada waktu lapang, tak ada benda nak buat, jadi makan makan dan makan sahaja yang otak aku fikir. Pengsan.
Im falling in love with spaghetti by Pizza Hut la sekarang ini. Sampaikan kat rumah aku sekarang sudah lengkap bahan bahan untuk masak spaghetti sendiri. Cuma tinggal tunggu waktu dan kudrat je nak memasak sakarang ini huhu.
Agak agak malas nak keluar, memang aku akan memasak je lah. Ohhhh sedap jugak kalau dapat makan ayam penyet dan pisang goreng sekarang ini kan?