Cuti hujung minggu yang amat mendamaikan. Aku tak lepaskan peluang untuk keluar jalan jalan cari makan. Kali ini aku pergi merasa makanan di Restoran Absolute Thai di Alamanda Putrajaya.
Aku pencinta masakan Thailand. Jadi mana mana restoran yang bertemakan tomyam memang aku akan pergi cuba.
Restoran Absolute Thai di Alamanda ini baru sahaja dibuka. Semasa aku pergi tempoh hari, orang tidak berapa ada sangat. Mungkin orang tak perasan lagi kot. Lagipun nampak gaya restoran ini agak mahal juga gayanya.
Aku order Tomyam Ayam, Red Curry, Sayur Kailan dan pulut mangga serta air ais lemon – makan untuk dua orang.
Aku suka rasa tomyamnya. Lain daripada yang lain. Sedikit original jika dibandingkan dengan tomyam di Restoran Black Canyon.
Overall aku rasa masakan di Black Canyon lebih sedap dan murah sedikit kot. Emmm total aku makan di situ pada hari itu ialah area RM83-RM85 camtu. Tak berapa ingat amount nya.
Sekali sekala makan boleh lah. Bagi aku tomyamnya sedap. Next time aku nak rasa mee hoon tomyam dia (RM16 lbh) dan potionnya pun nampak macam besar je. Nyum nyum nyum.
Tapi kalau nak makan reramai, pergi je Rostoran Black Canyon huhu.