Dewi Pet Shop – Satu-satunya kedai yang menjual brangan keperluan kucing kegemaran aku. Sebab apa? Sudah semestinya murah huhu. Aku tak ingat sangat berapa harga items yang aku beli, tapi memang dapat jimat banyak ringgit lah kalau berbelanja disini. Aku pulak kalau berbelanja memang tak ingat dunia. Sokmo mencecah RM400 keatas. Paling sedikit pun RM300 macam itu.
Kami merupakan antara pelanggan awal Dewi Pet Shop ini. Dahulunya cuma buka kedai secara kecil kecilan sahaja. Tapi siapa tahu, rezeki jual murah kan, dapat buka cawangan ketiga sekarang ini. Untung kot.
Aku memang kenal ramai owner kedai menjual barangan keperluan haiwan peliharaan. Tapi aku terpaksa setia pada yang satu ini sahaja sebab murah. Lagipun aku pelihara banyak ekor dikk. Jadi, kedai yang paling murah itulah yang akan tetap aku pergi.
Cawangan ketiga ini diorang buka di Bangi-Kajang, Jalan Reko Bangi. Haiyoooo sangat gembira sebab sudah dekat sangat dengan rumah ahaks. Waktu operasi untuk cawangan Bangi-Kajang pula pukul 11 pagi hingga 11 malam. Memang sesuai sangat dengan masa kerja aku. Alhamdulillah, rezeki Hiroki ahaks.