RINDU PADA SHAH ALAM

Letih betul malam ini. Pagi pergi office, kemudian belah petangnya pula pergi hantar family shopping di Jalan TAR dan Sogo KL.

Terdetik sebentar dihati ini tatkala melihat telatah para pelajar lalu lalang disitu. Aku rindu pada zaman belajar. Now, time dah bekerja ini aku rasa sunyi yang amat. Bukan apa, bosan kot. Pergi kerja balik kerja. Hidup seakan tiada life. Maybe Putrajaya ini tiada apa apa daya tarikan yang menarik perhatian aku kot. Sesuatu yang sama sahaja. Kerja dan tinggal di tempat yang sama hihi.

Dahulu, time stay di KL or Shah Alam memang ligat pergi jalan sana sini. Ramai kawan come around dan banyak tempat yang boleh dikunjungi. Oh, rindunya nak pergi Shah Alam.

Nanti kalau bekesempatan, memang mahu jalan jalan di Seksyen 7, Plaza Alam Sentral, SACC Mall, Tasik Shah Alam, PKNS dan kalau OK boleh je pergi Fakulti lama aku haha. Mesti sedih je time tu. KLMJ – Kenangan Lalu Menusuk Jiwa. Pengsan

Zaman study memang paling seronok

Posted from WordPress for BlackBerry.