BELI KAIN DI BANDUNG

20140624_143920

 

Agaknya Di Pulau Jawa ini mana mana pun memang traffic jem agaknya. Di Jakarta sesak, di Bandung pun sesak juga. Memang tak terjangka dek fikiran aku, betapa sesak dan ramainya manusia di Pekan Baru, Bandung ini. Lebih hebat berbanding Jalan Tunku Abdul Rahman.

20140624_144737

 

Kain biru diatas aku beli 2 pasang, satu untuk aku dan satu lagi untuk Salina. Jenis dan warna kain yang cantik dan unik. Harga disana adalah purata RM150 untuk dibuat sepasang baju. Tak pasti harga di Malaysia berapa.

20140624_152631

20140624_152636

 

Aku tengok, banyak betul kain-kain yang nampak mahal + berkualiti. Kalau sampai di Malaysia tak tahulah berapa harganya kan? Nasib baik dapat beli kain sepasang untuk diri sendiri. Tanda kenang kenangan juga lah kan.

Tapi, seriously aku memang blur dan takut dengan bilangan manusia yang ramai di luar. Memang duduk di dalam shopping mall dengan rombongan sahaja ni.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI