Salah satu sebab mengapa orang Vietnam ini cantik dan kurus jelita adalah kerana diet pemakanan diorang. Nampak gaya diorang lebih banyak makan sup yang very the banyak sayur sayuran.
Kami makan sup vietnam ini di Hotel milik rakyat Malaysia disini. Tak ingat samaada Hotel Berjaya atau Hotel Sunway. Yang handle pun memang orang Malaysia. Jadi mudah untuk minta apa apa.
Aku still boleh masuk dengan makanan orang Vietnam ini sebab sup je kan. Pusing-pusing tetap sama. Cuma kalau aku buat sendiri, tetap nak kene bubuh sambal kicap sebagai penambah perisa yang pedas ahaks.