Hidup sentiasa penuh dengan kejutan. Semalam aku pergi ke Kelantan untuk 2 hari 1 malam. Alhamdulillah, segalanya baik-baik belaka. Selamat pergi dan kembali. Segala urusan berjalan dengan lancar.
Aku rasa ringan sedikit kalau salina ada. Boleh lah berteman kesana sini. Sebab kalau seorang sahaja, aku kene handle itu dan ini. Penat pun ada juga.
Pergi naik MAS dan balik naik Firefly. Sekarang ini, tempat yang dahulunya jauh, rasa macam dekat je. Dulu naik jalan darat. Sekarang nie, main terbang ke sana sini je. Cepat pun memang cepat.
Aku suka pergi Kelantan sebab makanan yang dihidangkan sedap. Itu yang gigih pergi juga tu. Meriah.