Pada ketika ini, aku guna produk Bodyshop – Moisture white shiso foaming facial wash. My Bos dan Abg Rasul pakai produk ini. Pertama kali aku pakai adalah semasa di Tawau Sabah. Memang pada masa itu aku tengah tension sebab pencuci muka sedia ada seakan tidak berkesan keatas muka aku – gelap.
Nampak macam berkesan je produk ini. Kulit muka katanya lebih berseri dan OK lah juga katanya. Bukan aku yang kata, orang yang kata. Aku pula, tak ambil gambar sebelum guna produk ini. Kalau tak, boleh buat perbezaan melalui gambar.
Emm, cuma satu yang menjadi kemusykilan aku sekarang ini. Tidak berapa lama selepas pakai produk ini, muka keluar jerawat nasi. Not sure samaada effect daripada produk ini atau tidak. Begitu juga di bahagian dahi. Keluar bintik-bintik sekarang ini.
Tapi tak apa, kita habiskan dahulu produk ini. Sambil-sambil itu, bleh usha-usha jenama yang lain pula. Lagipun, aku pun pakai produk jenama Airish Miracle – Hemma Sakura Essence