MOHON RUMAH PR1MA CYBERJAYA

image

 

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya memproses permohonan untuk mohon beli rumah @ Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia @ Cyberjaya. Permohonan mula dibuka beberapa minggu yang lalu. Gigih buat itu ini lengkapkan segala keperluan / lampiran yang diperlukan. HARAP BERJAYA DAN DIPERMUDAHKAN.

Aku ada buat panggilan @ Call Center PR1MA. Ada beberapa perkara yang aku nak tanya. Antaranya ialah mengenai borang EA – majikan yang sediakan.

Dari segi urusan pinjaman pula, pihak PR1MA tidak uruskan perkara itu. Diorang hanya tahu jual sahaja. Tapi pada masa yang sama, tatkala sudah dibuat cabutan dan siapa yang dapat rumah itu nanti diorang akan pertemukan pembeli dengan pegawai bank berkaitan. Pembeli yang kene berurusan sendiri dengan pihak bank. Pengsan.

Sebelum ini bank ada bagi pinjaman 100%. Tapi kini tidak lagi. Jadi, pembeli kene sediakan 10 peratus sebagai deposit untuk membeli rumah tersebut. Jadi, kalau harga rumah RM300K kene sediakan RM30,000 siap-siap lah. Aiyooo, kene gigih menabung. Oleh sebab itulah aku apply rumah yang harga RM200K – RM25K maksimum je. Hairan sebab sebelum ini kawan aku beli rumah hanya bayar RM3K sahaja selepas ditolak itu ini.

Selain daripada itu, aku ada terbaca satu artikel untuk pembelian rumah, pembeli kene sediakan tambah tolak kos sekitar 15 peratus daripada harga rumah tersebut. Sebab? Untuk urusan stem duty / legal fees / S&P etc katanya.

Aku dengar cerita / aduan, ramai pembeli yang dapat cabutan tidak dapat meneruskan pembelian sebab tidak mampu / tidak cukup duit untuk bayar deposit etc. Hairan, projek ini nak bantu golongan yang kurang berkemampuan, tapi prosesnya macam birokrasi.

Apapun, kita kene grab PR1MA ini sebab harga rumah yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding harga pasaran. Apa-apa masalah, kita kene anggap cabaran dan dugaan. Insyaallah, tuhan permudahkan segala urusan.

Kita sambung kaji dan belajar lagi OK.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI