COMMANDO KIOSK ASAM PEDAS

wpid-wp-1441610770458.jpeg

Ohhhhhh Alhamdulillah, tengahari tadi aku makan tengahari dengan Si Mak Tam aka Kak Norlida – Orang kuat Maybank. Rupanya dia ajak makan di sekitar Taman Dagang Avanue. Aku dulu memang duduk di sekitar kawasan penempatan disini. Memang senang dan mudah sahaja lah untuk aku cari ahaks. Wowwwww….kenangan lalu menusuk jiwa.

wpid-wp-1441610776313.jpeg

Not Bad dan memang sudap betul rasa asam pedas. Khabarnya nama COMMANDO ini sebab dulu ownernya kerja sebagai Polis di Bhgn Commando. Asal pulak dari negeri Melaka. Memang original punya resepilah. Nampak gaya, owner kedai makan ini pun memang mesra pelanggan. Dia / anak-anak yang urus + approach pelanggan.

wpid-wp-1441610780616.jpeg

 

Boleh datang lagi kesini nampak gayanya. Makan dan bungkus bawa balik. Minta bagi kuah lebih sikit. Jadi, boleh beli ikan fresh dan tinggal masukkan sahaja dalam kuah. Mak Tam kata, boleh tahan area 3 hari kalau masuk dalam peti sejuk.

Emmm, seriously, sampai sekarang aku tak dapat buat asam pedas yang betul-betul memenuhi selera aku. Rasa macam ada je kekurangan. Sebab itu aku kalau nak makan asam pedas, mesti makan kat luar je. Lagi satu, aku akan balik ek Melaka – Asam Pedas Mak Bibah sedap.

Kene cuba lagi gamaknya.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI