Hari ini, orang sibuk bercerita mengenai UPSR. Mana-mana mak2 dan ayah2 yang ada anak mesti akan buat status di laman sosial mengenai anak mereka yang mengambil peperiksaan UPSR hari ini. Same goes to kaum kerabat yang berkaitan.
Pada awalnya aku ambil tak kisah dan sekadar menjadi pendengar setia sahaja. Ohhhhh sebaik sahaja kakak aku SMS, rupanya anak saudara sulong aku ambil UPSR hari ini hahahaha. Adoiii, kaedahnya macam mana lah aku boleh alpa dan tak alert pasal hal ini ahaks.
Semoga berjaya dan menjadi anak yang menjadi dunia akhirat.
Masih lagi teringat akan kenangan aku ambil peperiksaan UPSR di SRK Seri Sejati dulu. Aku demam yang amat time ambil peperiksaan. Tu yang dapat 2A sahaja. Walhal aku antara calon 5A disekolah. Sedih bukan? Tak apalah, be positive.