MAKAN AYAM KAMPUNG DI R&R AWAN BESAR

wpid-wp-1441692964285.jpeg

Ya Tuhanku…syukur sangat aku hari ini sebab dapat makan ayam kampung goreng bersama dengan lauk pauk ala kampung. Menu seperti ini memang menu kegemaran aku sejak zaman berzama lagi ahaks. Sejak berpindah tempat kerja ini, aku memang teringin sangat nak makan ayam kampung goreng bersama dengan menu ala kampung. Alhamdulillah, rupanya ada restoran yang berkonsepkan seperti ini di R&R Awan Besar KESAS Highway ( terletak tidak jauh daripada pejabat aku ).

wpid-wp-1441692971308.jpeg

Alang-alang bosses tak kacau sangat hari ini ( EL ), jadi aku pun menyendeng Haslinda untuk pergi makan jauh sedikit ahaks. Memang tak sia-sia ajakan dia. Semua tempat makan yang dia ajak memang sedap-sedap belaka setakat ini.

wpid-wp-1441692974731.jpeg

Rupanya, restoran tempat kami makan itu adalah Hassan Ayam Kampung. Ohhhh patutlah. Aku ingatkan apalah nama restoran ini. Itu pun aku tahu selepas aku google. Semangat ingin tahu yang kuat.

wpid-wp-1441692979344.jpeg

 

Gemuk rasanya aku lama-lama kalau macam ini. Makan banyak tapi kerja tak berapa memerlukan tenaga yang banyak sangat. Aiyoooo risau berat badan bertambah sahaja.

Perlu pergi gymnasium bawah rumah gamaknya nie. Susah nak maintain 60.5KG. Aku check, berat badan aku naik dalam kiraan purata 700g sepanjang hujung minggu lepas. Takut. Susah wooooo nak turunkan berat badan.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI