BELI RUMAH DI ALBURY MAHKOTA HILL – PART 1

albury semenyih 1

Pada 26 ogos 2015 (Rabu) yang lalu, aku telah diperkenalkan dengan projek perumahan Albury yang dikatakan terletak di Semenyih. Aku memang sedang mencari rumah yang baru dilancarkan disekitar kawasan Lebuhraya LEKAS / SILK. Sebab? Aku bekerja di Bandar Tasik Selatan. Paling busuk pun aku nak cari rumah yang dekat dengan Station Star LRT. Senang nak ulang alik pergi kerja atau incase perlu guna perkhidmatan pengangkutan awam pada waktu kecemasan.

albury semenyih 2

 

Projek perumahan ini diperkenalkan oleh kawan kepada kawan aku. Katanya dia staf kepada syarikat yang buat marketing mengenai projek ini. Kalau aku beli dan semua proses berjalan lancar dia akan dapat komisyen RM1000. Komisyen untuk si pembeli yang membawa pembeli yang lain pula dikatakan RM2000 ahaks.

Projek ini harganya bermula RM378K. Ini baru fasa pertama. Katanya untuk rumah satu tingkat ini diorang akan buat 3 fasa. Dengan kata lain, kalau aku jadi beli dan semua proses berjalan dengan lancar, aku akan jadi antara pembeli + penduduk terawal. Fasa pertama sahaja sudah berharga macam ini. Tak pastilah harganya macam mana kalau sudah masuk fasa kedua dan ketiga. 10 kali pengsan agaknya ini. Tercirit nak membayar ansuran bulanan hihi.

Pada pandangan dan pemerhatian aku, harga rumah disini adalah yang paling murah berbanding dengan projek-projek perumahan lain yang ada disekitar kawasan ini.

Pada 27 September 2015 (Khamis) sekitar waktu tengahari aku berjumpa dengan sales assistance yang handle projek ini. Ding Dong punya ding dong dengan penerangan dan pertanyaan itu ini, akhirnya aku ambil keputusan untuk booking terus satu unit rumah ( End Lot ). Untuk End Lot, aku kene tambah RM4000 untuk total harga rumah.

Aku bayar booking fees RM2000 secara online kepada mereka terus. As of now, aku sedang menunggu keputusan permohonan pinjaman perumahan aku samaada lulus atau tidak. Segala urusan borang untuk buat pinjaman, jurujual yang uruskan. Aku hanya sediakan mana-mana dokumen yang diperlukan sahaja.

Khabarnya, nak buat pinjaman perumahan sekarang agak susah sebab keadaan ekonomi yang tidak menentu. Aku berserah sahaja pada Allah. Dia Maha Perancang dan Menentukan segalanya yang terbaik untuk hambanya. Aku sudah usahakan.

Baca Lagi : Beli Rumah Di Albury Mahkota Hil – Part Seterusnya

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI