BAWA BEKAL KE PEJABAT

image

Sejak akhir-akhir ini, membuak buak jiwa aku nak buat itu dan ini. Atas pemangkin yang mana, aku sendiri pun tak tahu.

Terkini, aku rasa teringin yang amat nak bawa bekal ke pejabat. Masak sendiri dirumah dan makan di pejabat untuk sarapan dan tengahari.

Banyak sangat kelebihan masak sendiri dan bawa bekal nie. Google je dikk. Cuma, dalam situasi aku ini tak memerlukan sangat. Sebab? Harga makanan di Cafe bawah pejabat aku itu, tak lah mahal sangat. Contohnya : mee hoon, sambal merah, timun dan telur mata harganya cuma sekitar RM3.20 sahaja.

Harga makan tengahari pun lebih kurang RM4 hingga RM6 sahaja. Bergantung kepada lauk pauk apa yang aku ambil. Kalau nak jimat lagi, tapau je makanan dan makan di pantry penjabat. Air tu buat je sendiri atau minum je air mineral. Alhamdulillah, kalau makan di pantry pun OK + pemandangan cantik + selesa.

Aku plan nak bawa bekal pada hari – hari tertentu sahaja. Contohnya pada hari isnin dan khamis ke kan. Ikut selera apa nak makan pada hari itu.

Delima betul dibuatnya.

Tapi masalahnya, aku nie suka makan benda2 yang susah nak dapat kat kedai. Kalau dapat pun, ikut nasib dan kekadang tidak bertepatan dengan selera. Ermmm, sekarang ini aku teringin nak makan ayam masak kunyit, paprik, kicap, goreng gareng etc. Wowwww….. ayam masak ungkep pun sedap gak ni.

Lagipun, aku banyak guna bahan-bahan organik / tidak guna bahan perisa etc. Di kedai, kita tak tahu apa bahan-bahan masakan yang digunakan.

Sesekala bawa bekal ke pejabat memang syok dan menyelerakan. Makan masakan jawa gitew. Insyaallah, aku nak mulakan dalam minggu depan.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI