Salam Aidiladha anak-anak semua. Alhamdulillah, dapat dipanjangkan umur untuk sambut raya korban tahun ini. Syukur sebab dapat bercuti panjang dan ketenangan tahap maksimum. Aku percaya kepada ketentuan dan perancangan – Nya.
Aku dilahirkan dikalangan masyarakat jawa. Disini aku sertakan beberapa masakan jawa yang wajib mak / kakak aku masak tatkala menyambut hari perayaan pada Aidiladha tahun ini. Secara umum, tiap tahun memang masak menu macam ini. Rumah jawa yang lain aku tidak pasti, tapi pusing-pusing lebih kurang sama je kot.
Kentang goreng yang dimasak dengan tempe, bawang, cili kering, soon etc. Tidak pasti namanya aku. Kegemaran aku sebab dibubuh kicap. Nyum nyum sedap.
Haaaa ini pun kegemaran aku juga. Hati dan pedal ayam yang ala-ala dimasak sambal. Nampak gaya lebih kurang macam masak kentang. Agaknya just tukar bahan utamanya kot. Entah…aku tak pernah membantu dalam bab memasak.
Sayur lodeh dikkk. Semua rumah orang jawa mesti ada sayur ini. Kalau tak ada tu, something wrong agaknya. Macam dalam keluarga aku, lain orang yang masak dan lain tahun, mesti rasa dan warna sayur lodeh ini berbeza hihi. Ikut mood mereka agaknya. Aku pencinta lodeh tegar. Punya style lodeh tersendiri ahaks. Aku suka lodeh yang punya kuah yang pekat dan berwarna kuning kunyit.
Dulu, tatkala kecil-kecil, mak aku jarang masak rendang. Kalau ada pun, bapak aku yang incharge. Dek kerana itulah, aku agak kurang makan rendang. Aku lebih gemar makan ayam masak kicap atau merah. Sekarang, kalau ada pun kakak aku yang masak. Sebab abang ipar aku suka makan.
Aku tak pasti kenapa Aidiladha tahun ini mak/kakak aku goreng ayam. Sebab, kalau nak diikutkan diorang akan masak kicap atau masak merah.
Kuah kacang pula memang sejak azali lagi keluarga aku import daripada rumah pakcik aku. Dulu embah / nenak aku yang buat. Tapi sekarang diwarisi oleh makcik / pakcik aku pula hihi. Kami bagi kacang je kepada diorang.