FATIHAH FROZEN FOOD

image

Skim Pembiayaan Perniagaan TEKUN Nasional telah melahirkan ramai usahawan berjaya dalam pelbagai sektor perniagaan.

Minggu lepas, aku dan team berkesempatan berjumpa dengan salah seorang usahawan yang berjaya dengan bantuan pembiayaan daripada TEKUN Nasional – Puan Fatihah Anis binti Ibrahim. Beliau merupakan Pengasas dan Pengarah Urusan Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, salah sebuah syarikat pengeluar makanan sejuk beku terkenal di negara ini.

Puan Fatihah yang lebih mesra membahasakan dirinya sebagai ‘mama’ berkata, beliau banyak mempelajari ilmu perniagaan dengan mengikuti pelbagai kursus anjuran MARA, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

image

Pada masa yang sama, beliau turut mendapat pinjaman sebanyak RM50,000 daripada TEKUN Nasional tujuh tahun lalu sebelum menambah pinjaman pada kadar maksimum iaitu RM100,000.

Katanya, pinjaman yang beliau perolehi daripada TEKUN Nasional itu digunakan sebagai pusingan modal bagi menambah jumlah pengeluaran untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin bertambah.

image

Pada tahun 2010, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah memberikan bantuan kepada syarikat beliau berupa geran pemadanan RM100,000. Geran ini telah membolehkan Fatihah Frozen Food Sdn Bhd beroperasi di Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR) di Batu Caves, Kuala Lumpur.

Kilang beliau ini sedang dalam proses mendapatkan pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

image

image

Pengiktirafan – beliau merupakan penerima utama Anugerah TEKUN Wilayah Persekutuan 2013 yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri.

Selain pasaran tempatan, jenama ‘Fatihah’ ini telah berjaya menembusi pasaran China, Brunei, Singapura (Agrobazaar Singapura).

Beliau kini sedang dalam perancangan untuk menembusi pasaran Australia selepas mengikuti #MalaysiaFestival2015 di Sydney  baru-baru ini.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI