Aku terbaca mengenai arwah Yasmin di blog NURIZSPACE. Tergamam seketika. Nama arwah menjadi trending di twitter pada masa itu dek kerana gambar dan coretan beliau di blog sebelum kematiannya. Al Fatihah untuk beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin
Ajal maut ditangan Allah. Aku sendiri masih kurang yakin dengan mutu dan kualiti amal ibadah aku. Aku malu dengan diri sendiri. Teringat akan bait lagu ‘ Aku tak layak ke syurga mu, namun aku juga tak sanggup untuk ke neraka mu’..
Aku ada juga terbaca beberapa kisah dan fakta mengenai petanda dari 100 hari akan saat saat kematian seseprang itu. Sesungguhnya aku sangat takut akan kisah kisah yang berkaitan dengan kematian. Ya Allah, semoga dikau mengampuni segala dosa dosa ku. Semoga aku berada dalam keadaan yang elok dan bersedia tatkala menghadapi saat itu. Semoga aku sempat membersihkan diri aku dar noda noda hitam dan 1001 dosa yang telah dilakukakan samaada secara sengaja atau tidak. Semoga aku dijauhkan daripada ujian yang dikuatiri aku tidak mampu mengharunginya. Semoga godaan syaitan dan iblis dijauhi daripada aku, kedua ibu bapaku, keluarga aku, sanak saudara aku, kenalan aku serta umat Islam secara keseluruhannya.
Seriously, dalam diam jiwa aku kacau dan risau yang amat since last week lagi.
Aku akan banyak berjalan untuk 2 – 3 hari ini. Putrajaya – Batu Pahat – Melaka – Batu Pahat – Putrajaya. Satu perjalanan yang aku sifatkan 1st ever yang belum pernah aku lalui. Sedih cz aku kene bajet bajet perjalanan cz account bank aku kene sekat + risau kalau ada apa apa perkara terjadi. Harapnya semua OK sahaja Esok, lusa dsn tulat 🙂
Kalau ikut perancangan, esok petang after meeting aku akan bertolak pulang ke kampng bersama sama denan keluarga aku. Harapnya perjalanan kami esok berjalan dengan lancar. Lori beso kurang dan kereta pun kurang juga. Yang penting cuaca elok sahaja.
Emmm, dek kerana ini malam last family aku ada di sini. So, aku menggedik minta mak aku masakkan sardin esok. Boleh bawak bekal makan di Pejabat 🙂 Jimat sikit duit aku hihi. Tapi sebenarnya aku baru teringat meeting DTS untuk pagi esok mesti ada makan heavy punya.
Alamak
Lama tak merasa masakan kampung, jemu sebenarnya makan masakan catering nie.
I wish oneday nanti aku akan punya kelapang masa dan kewangan yang kukuh untuk membawa famil aku bercuti di mana mana sahaja yang dirasakan sesuai untuk mereka.