Kucing Bengal

kucing bengal

Kucing Bengal

Kucing Bengal – Sejak kebelakangan ini, agak meminati Kucing Bengal. Kenapa? Sebab bulu mereka pendek macam kucing kampung. Nampak gaya, kucing kampung tetap terbaik berbanding kucing parsi hihi. Sebaik sahaja tamat tempoh pembiakan kucing parsi sedia ada, aku akan beralih kearah kucing bengal.

Kucing Bengal adalah hasil dari kacukan Kucing tempatan biasa(Domestic cat) dengan Harimau Bintang Asia (Asian Leopard Cat-ALC). Generasi pertamanya dipanggil Felis Bengalensis yang juga dikenali sebagai Leopardette, tetapi kemudian namanya secara rasmi sebagai BENGAL adalah untuk mengaitkan dengan nama saintifik “Leopard cat” (Harimau Bintang/Harimau Kumbang) iaitu Felis Bengalensis. Banyak cubaan mengkacukkan kucing tempatan biasa dengan kucing-kucing liar telah dilakukan.

Namun kesemuanya menghasilkan keturunan yang mandul. Dimana spesis ini tidak dapat membiak dan berkembang. Tapi berlainan dengan ‘Asian Leopard Cat’ (harimau bintang/kumbang) ini kerana mereka merupakan spesis istimewa kerana dapat menghasilkan keturunan yang subur dan boleh berkembang dengan pesat. Bengal adalah kucing yang bersaiz sederhana dan besar.

Kerinchi – Kedai Online Termurah Di Pasaran

Bengal dikenali dan diminati kerana keunikan warna dan keunikan corak bulunya. Warna yang terang dan bintik-bintik dibadan yang begitu jelas dan mirip kepada corak harimau bintang membuatkan orang terpesona dan tertarik hanya dengan sekali pandang. Hanya Bengal yang boleh mempunyai tanda bulu seperti bunga rose seperti tanda bulu yang terdapat pada Leopards, Jaguar dan Ocelots.

Hari ini kucing Bengal dibiakkan hanya dari spesis yang sama juga iaitu Bengal+Bengal = Bengal tanpa memerlukan penjagaan yang tertentu(specialized care). Bermula pada tahun 1986 Bengal mula memukau para-para peminatnya dan semakin mendapat permintaan yang tinggi kebelakangan ini. Para-para pembiak(breeder) Bengal sentiasa memilih dengan berhati-hati dari segi perangai/karektor, kesihatan dan kecantikannya untuk dijadikan permaisuri untuk membiak spesis ini. Ini adalah untuk memastikan anak bengal yang baru lahir mencapai standard yang di tetapkan oleh mana-mana persatuan-persatuan kucing yang diiktiraf dunia.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI