1001 Maksud Dan Tafsir Mimpi

maksud dan tafsir mimpi

Dibawah ini dikongsikan 200 Maksud dan Tafsir Mimpi Yang Mungkin Anda Pernah Alami. Mimpi berkaitan rambut, muka, janggut, mata, hidung, bibir, tangan kuku dan lain-lain lagi

1001 Maksud Dan Tafsir Mimpi

  1. Mimpi rambut putih : Akan mempunyai kejayaan dalam usaha dan akan berumur panjang.
  2. Mimpi rambut merah : Akan mempunyai perasaan hati yang tidak sedap
  3. Mimpi rambut menutup mata : Akan mengalami cacian atau ejekan mendadak.
  4. Mimpi melihat rambut palsu : Akan ditipu orang yang disangka teman sendiri.
  5. Mimpi rambut menjadi lebat : Akan memperoleh kegembiraan, jika sudah berkeluarga akan memperoleh anak.
  6. Mimpi rambut gugur : Petanda kurang baik, akan bersedih hati.
  7. Mimpi potong rambut (bercukur) : Ada diantara ahli keluarga yang terganggu kesihatannya atau akan terpisah / bercerai dengan kekasihnya.
  8. Mimpi menyisir rambut : Kesengsaraan diri akan segera berubah.
  9. Mimpi mewarnakan rambut orang lain: Akan memperjuangkan sesuatu tetapi sia-sia.
  10. Mimpi mewarnakan rambut sendiri : Mepunyai harapan yang baik dalam setiap usaha.
  11. Mimpi mencuci rambut : Akan mendapat gangguan hidup
  12. Mimpi memotong rambut orang lain : Akan mendapat keuntungan atas bantuan orang lain.
  13. Mimpi memiliki rambut hitam lebat : Akan memperoleh kesihatan yang baik.
  14. Mimpi mengeringkan rambut : Suatu persahabatan yang retak akan pulih kembali.
  15. Mimpi melihat rambut tumbuh di tangan : Suatu petanda yang kurang baik.
  16. Mimpi melihat rambut keriting : Akan mencari penyelesaian dalam masalah cinta.
  17. Mimpi melihat seorang lelaki yang botak : Akan mendapat penghargaan dan kekayaan.
  18. Mimpi melihat seorang wanita yang botak : Tanda kebencian.
  19. Mimpi kepala timbul luka-luka banyak : Akan mendapat keuntungan.
  20. Mimpi kepala keluar tanduk : Akan ada perselisihan faham.
  21. Mimpi muka masam atau cemberut : Akan mengalami kerugian.
  22. Mimpi muka cantik molek : Akan bercinta dan bahagia.
  23. Mimpi muka hitam atau bernoda hitam : Akan kurang baik dalam sehari dua.
  24. Mimpi bercermin muka : Harus berhati-hati dalam segala tindakan.
  25. Mimpi melihat wajah sendiri : Akan muncul kesedihan.
  26. Mimpi melihat wajah yang hitam : Akan panjang umur.
  27. Mimpi wajah yang tersenyum : Akan memperoleh kesenangan dan teman baru.
  28. Mimpi melihat wajah hodoh dan lain bentuknya : Akan muncul bencana.
  29. Mimpi membasuh wajah sendiri : Akan memperoleh masa depan yang lebih baik.
  30. Mimpi melihat wajah sendiri merah padam : Anda sedang jatuh cinta, tetapi dirahasiakan.
  31. Mimpi melihat wajah orang merah padam : Seseorang akan menyatakan cinta kepada anda.
  32. Mimpi berjanggut panjang : Akan bertapa atau berpuasa.
  33. Mimpi rambut digunting orang : Akan berpisah dengan kekasihnya.
  34. Mimpi melihat muka bergerak-gerak : Petanda kesukaran memperoleh rezeki.
  35. Mimpi mempunyai janggut : Akan sihat dan segar.
  36. Mimpi memotong janggut : Akan melalui fasa kerugian.
  37. Mimpi melihat janggut berwarna merah : Berhati-hati kerana teman baik mungkin mengkhianati.
  38. Mimpi sepasang mata yang biru : Akan merasakan atau mendapatkan kasih sayang yang agung.
  39. Mimpi sepasang mata yang hitam : Peringatan agar anda waspada atau berhati-hati.
  40. Mimpi sepasang mata yang juling : Akan kekurangan wang.
  41. Mimpi pancaran mata yang hangat atau bernafsu : Akan kecewa dalam bercinta
  42. Mimpi sepasang mata yang berwarna hijau : Akan memperoleh teman yang setia.
  43. Mimpi tidak mempunyai mata : Petanda ajal sudah menghampiri
  44. Mimpi melihat mata orang lain : Akan memperoleh emas atau perak.
  45. Mimpi melihat seorang yang buta : Akan ada sahabat yang meminta pertolongan pada anda.
  46. Mimpi diri sendiri bermata buta : Anda harus berhati-hati dalam pekerjaan.
  47. Mimpi bermacam macam : Akan bermain cinta dengan orang yang diidam-idamkan atau lama dirindui
  48. Mimpi hidung berdarah : Akan mendapat keuntungan yang ala kadar.
  49. Mimpi melihat seseorang yang berhidung besar : Petanda anda harus memikirkan diri sendiri.
  50. Mimpi melihat diri sendiri berhidung besar : Jangan pedulikan amarah orang lain ketika anda sedang melakukan tugasan sendiri.
  51. Mimpi sukar bernafas melalui hidung : Akan berdepan dengan kesukaran
  52. Mimpi melihat bibir yang merah, sedang tersenyum : Akan terjadi persahabatan yang akrab atau percintaan yang mesra.
  53. Mimpi melihat bibir cemberut : Akan putus persahabatan atau cinta yang pudar
  54. Mimpi melihat bibir yang terkatub rapat : Akan wujud rasa iri hati
  55. Mimpi melihat mulut seorang bayi : Akan mendapat teman yang setia
  56. Mimpi melihat bibir sendiri : Petanda harus berhati-hati bila berbicara
  57. Mimpi menjadi bisu : Kata-kata anda tidak dipercayai oleh orang lain.
  58. Mimpi melihat telinga : Anda bakal digosipkan
  59. Mimpi melihat seorang bertelinga lebar atau besar : Permohonan anda akan dikabulkan.
  60. Mimpi diri sendiri bertelinga besar : Akan mendapat berita gembira.
  61. Mimpi sakit telinga : Kepercayaan anda akan disalahgunakan orang.
  62. Mimpi membersihkan telinga sendiri : Persoalan anda akan terbukti.
  63. Mimpi memulas telinga seseorang : Akan berdepan masalah akibat perbuatan kekasih
  64. Mimpi telinga anda yang dipulas : Peringatan suatu janji yang tidak anda tepati.
  65. Mimpi mempunyai pipi yang merah segar : Akan memperoleh harapan yang baik.
  66. Mimpi mempunyai pipi yang pucat : Akan merasa risau atau sedih
  67. Mimpi memakai pemerah pipi : Akan mendapat sesuatu yang kurang menyenangkan.
  68. Mimpi mencabut atau mencukur bulu ketiak : Petanda terlepas dari bebanan hutang
  69. Mimpi air ludah: Petanda akan kehilangan harta.
  70. Mimpi tangan terbakar : Akan ada orang yang iri kepada anda.
  71. Mimpi memandang tangan sendiri : Akan muncul kesedihan atau duka cita.
  72. Mimpi memiliki tangan yang kuat : Akan dapat menyelesaikan usaha yang menguntungkan.
  73. Mimpi melihat tangan-tangan yang kecil : Akan mempunyai kekasih yang curang.
  74. Mimpi mencuci tangan : Akan memperoleh nama baik yang popular
  75. Mimpi memiliki tangan yang bengkak : Akan cepat tersinggung dan marah.
  76. Mimpi melihat tangan yang terluka : Petanda akan mengalami kerugian
  77. Mimpi kehilangan tangan kiri : Akan kehilangan ibu.
  78. Mimpi kehilangan tangan kanan : Akan kehilangan ayah.
  79. Mimpi menjabat tangan seseorang : Akan memiliki sahabat yang baik.
  80. Mimpi meletak tangan di muka : Petanda mempercayai seseorang yang tidak berguna
  81. Mimpi melihat kuku-kuku tangan atau kaki : Petanda bertambah rezeki
  82. Mimpi melihat kuku-kuku yang panjang : Akan berlakunya spekulasi yang tak menentu.
  83. Mimpi memotong atau mematahkan kuku : Petanda kerugian
  84. Mimpi mewarnakan kuku : Akan dibenci orang kerana tingkah laku yang kurang baik
  85. Mimpi memelihara kuku : Akan memperolehi kejayaan
  86. Mimpi melihat orang memelihara kuku : Berhati-hatilah terhadap orang yang suka menipu.
  87. Mimpi merawat kuku orang lain: Petanda ada yang cuba menipu anda
  88. Mimpi melihat jari-jari yang kotor : Anda akan terlibat dalam usaha yang kotor.
  89. Mimpi jari anda terpotong : Petanda ada orang bakal memfitnah anda
  90. Mimpi menunjukkan jari anda kepada seorang : Teman-teman anda akan melupakan anda.
  91. Mimpi merasa sakit tekak : Petanda akan ada perubahan cuaca atau keadaan.
  92. Mimpi memiliki tekak yang kecil : Akan gagal usaha anda.
  93. Mimpi memiliki tekak yang besar : Akan berjaya usaha anda.
  94. Mimpi batuk : Akan mengalami kebahagiaan.
  95. Mimpi menandatangani suatu surat atau dokumen : Akan mendapat pekerjaan dengan gaji yang kecil.
  96. Mimpi menandatangani cek : Akan memperoleh kemakmuran.
  97. Mimpi badannya berpeluh : Akan memperolehi rezeki atau kebahagiaan.
  98. Mimpi berbadan gemuk atau kuat : Akan dimuliakan orang.
  99. Mimpi berbadan kurus : Akan menderita dan kekurangan.
  100. Mimpi badan keluar kutu atau luka-luka : Akan memperoieh rezeki atau sakitnya akan sembuh.
  101. Mimpi melihat perut sendiri : Akan terhindar atau terlepas dari kesusahan
  102. Mimpi sakit perut : Akan berasa segar selalu
  103. Mimpi badannya terikat rantai : Akan mengalami sakit
  104. Mimpi kaki atau tangan terkena kotoran : Akan mendapat rezeki
  105. Mimpi bahagian intim terdedah : Akan menderita kesusahan yang besar.
  106. Mimpi kemaluan berubah ke jantina lain (dari lelaki ke perempuan): Akan mendapat rezeki anak atau rezeki harta
  107. Mimpi kaki berair: Petanda akan dinaikan pangkat
  108. Mimpi gigi bahagian atas tertanggal sendiri: Akan mendapat berita tentang kemalangan
  109. Mimpi gigi bahagian bawah tanggal : Akan mendapat berita tentang kematian
  110. Mimpi mencabut gigi seseorang : Akan mengambil peluang diatas kesusahan orang lain
  111. Mimpi melihat deretan gigi bersih di mulut orang : Akan mendapat sahabat yang berlainan jantina
  112. Mimpi memiliki deretan gigi yang indah : Akan mendapat rezeki
  113. Mimpi melihat gigi hampir tercabut : Akan mengalami kerugian
  114. Mimpi melihat gigi palsu orang lain: Mungkin ada yang akan menipu
  115. Mimpi memiliki gigi palsu : Akan mengalami kerugian
  116. Mimpi badan terasa letih : Sesuatu yang diusahakan akan mengalami jalan buntu.
  117. Mimpi melihat bibir jantina lain : Akan mendapat pasangan hidup
  118. Mimpi sedang demam : Akan menerima surat dari teman atau kekasih.
  119. Mimpi berduka cita : Akan bersuka ria dan sihat.
  120. Mimpi kena serangan jantung : Petanda diri anda sihat.
  121. Mimpi tidak memakai baju : Petanda bebas dari kesusahan
  122. Mimpi orang lain tidak memakai baju: Petanda orang yang dimimpikan itu akan dimalukan
  123. Mimpi melihat budak kecil tidak memakai baju : petanda akan bahagia
  124. Mimpi diri menjadi raja : Petanda anda akan menjadi kejam
  125. Mimpi diajak orang pergi ke kubur : Akan mendapat kekayaan.
  126. Mimpi sedang menangis : Akan mendapat rezeki
  127. Mimpi sedang bersumpah: Petanda yang kurang baik tentang kerja
  128. Mimpi bertukar jantina : Akan senang dan mendapat harta.
  129. Mimpi menjadi gila : Petanda sembuh dari penyakit
  130. Mimpi menjadi pendek : Petanda susah mendapat kerja
  131. Mimpi sedang membuang darah : Petanda akan pulih.
  132. Mimpi terbang lalu hinggap di pohon kayu : Petanda akan bercerai dengan pasangannya.
  133. Mimpi terbang di udara : Petanda akan menuntut ilmu.
  134. Mimpi jalan beriringan dengan guru: Petanda akan sentiasa dilindungi
  135. Mimpi dimarahi guru: Petanda akan dimarahi oleh orang atasan.
  136. Mimpi bersantai dengan orang kenamaan: Petanda segala arahan akan dituruti
  137. Mimpi digantung : Petanda akan bebas dari hutang
  138. Mimpi diperbudakkan : Petanda akan mendapat harta:
  139. Mimpi melihat gambar berbentuk hati : Jika bujang, anda akan berkahwin.
  140. Mimpi mendengar suara denyutan jantung : Akan mendengar perkhabaran yang baik.
  141. Mimpi melihat paku : Akan mendapat warisan.
  142. Mimpi jatuh cinta dengan lelaki bermisai : Akan mendapat tuah dalam perkahwinan.
  143. Mimpi pengsan : Petanda perancangan akan gagal.
  144. Mimpikan seorang wanita pengsan : Akan cepat bertemu jodoh.
  145. Mimpi kaki anda tempang : Akan berpindah ke tempat lain.
  146. Mimpi diri anda sakit : Akan ada godaan besar yang menimpa anda.
  147. Mimpi siku terluka kecil : Akan berdepan dengan masalah.
  148. Mimpi timbul luka-luka di badan : Akan mendapat keuntungan.
  149. Mimpi kepala keluar tanduk : Akan ada perselisihan.
  150. Mimpi melihat Allah SWT : Akan dikabulkan segala cita-citanya oleh Allah SWT baik mengenai segala urusan di dunia dan akhirat.
  151. Mimpi melihat Nabi Muhammad SAW : Akan mendapat darjat yang mulia di dunia dan akhirat jika yang bermimpi itu bukan islam, maka dia akan masuk agama Islam.
  152. Mimpi melihat Syurga: Akan bertambah kebajikannya dan apa hajatnya akan dimakbulkan Tuhan.
  153. Mimpi melihat Neraka : Petanda banyak melakukan dosa.
  154. Mimpi melintasi Siratul Mustaqim : Apa yang diusahakan akan membawa hasil yang baik
  155. Mimpi melihat Lauhul-mahfuzh : Akan berjaya menghafal Al Quran.
  156. Mimpi bertemu dengan sahabat Nabi: Akan menjadi alim ulama.
  157. Mimpi mengalami hari kiamat : Akan terlepas dari bahaya dan akan mendapat berita gembira.
  158. Mimpi naik ke udara : Akan mendapat kesenangan dan dimurahkan rezeki
  159. Mimpi bertemu malaikat Jibril : Akan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Segala pekerjaan akan berhasil dan berkat, serta akan memperolehi kekayaan.
  160. Mimpi melihat malaikat malaikat yang tidak dikenali : Akan memperolehi kemuliaan dan menjadi orang soleh serta berbudi.
  161. Mimpi masuk Syurga: Akan menjadi seorang pemimpin yang baik
  162. Mimpi berjumpa dengan bidadari : Akan dinaikan pangkat
  163. Mimpi dihisab pada hari kiamat : Petanda segala yang diusahakan akan berhasil
  164. Mimpi melihat hakim yang adil : Segala usaha akan berkat.
  165. Mimpi melihat ulama : Akan dimurahkan rezeki
  166. Mimpi melihat ulama meninggal : Petanda buruk.
  167. Mimpi melihat iblis : Akan melakukan sesuatu perbuatan yang tidak elok
  168. Mimpi memukul iblis : Petanda anda akan berjaya mengalahkan lawan.
  169. Mimpi mendengar iblis berbicara dengan anda : Akan akan digoda atau tergoda.
  170. Mimpi melihat banyak kubur : Anda akan berdepan dengan situasi yang huru hara
  171. Mimpi mati: Petanda usia panjang
  172. Mimpi mati lalu hidup kembali. : Segala yang dihajatkan akan tertunai
  173. Mimpi melihat bangkai manusia : Akan mendapat harta.
  174. Mimpi bercakap-cakap dengan orang mati: Akan sia-sia apa yang diusahakan.
  175. Mimpi melihat orang yang telah mati: Akan mendapat berita baik atau mendapat bantuan
  176. Mimpi menyaksikan pembakaran mayat : Akan menikmati perjalanan yang indah bersama kawan-kawan.
  177. Mimpi berada di tempat penyimpanan mayat : Petanda anda perlu berhati-hati
  178. Mimpi melihat dukun atau bomoh : Petanda masalah anda akan selesai
  179. Mimpi menjadi tukang sihir : Petanda kesedihan
  180. Mimpi melihat pintu syurga terbuka : Anda akan mendapat bantuan
  181. Mimpi melihat cahaya : Anda akan mendapat kehidupan yang lebih baik
  182. Mimpi melihat tempat yang suci : Akan dipermudahkan rezeki
  183. Mimpi mendengar bunyi bergema: Akan mendapat sesuatu yang romantis
  184. Mimpi menghadiri suatu pertemuan ghaib : Petanda anda bakal dikritik
  185. Mimpi melihat seorang lelaki alim : Petanda akan menerima nasihat atau bantuan
  186. Mimpi menjadi seorang yang alim : Petanda harus berhati-hati
  187. Mimpi melihat seorang wanita alim: Berhati-hati dengan mereka yang rapat dengan anda.
  188. Mimpi berurusan dengan wanita alim : Akan terjadi suatu perubahan dalam kedudukan atau pekerjaan.
  189. Mimpi melompat titian Siratul Mustaqim : Akan bebas dari segala kesukaran.
  190. Mimpi berwudhu’ : Akan mengerjakan pekerjaan yang mulia.
  191. Mimpi bersembayang atau mengerjakan solat : Petanda dosa-dosa akan terhapus
  192. Mimpi memberi zakat kepada fakir miskin : Tidak akan kekurangan wang
  193. Mimpi berziarah ke kawasan kubur : Akan menjadi seorang yang bahagia
  194. Mimpi melihat pengemis : Segala usaha akan mendapat kejayaan
  195. Mimpi berbicara dengan pengemis : Rezeki akan bertambah
  196. Mimpi menolong seorang pengemis : Akan akan kemajuan diri
  197. Mimpi bertemu dengan seorang pengarang : Akan bertemu dengan orang-orang penting.
  198. Mimpi jadi pengarang : Apa yang diusahakan akan berhasil
  199. Mimpi bertemu dengan orang suci : Kehidupan anda akan aman dan damai.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI