Hubungan Perdagangan Malaysia Thailand

Thailand merupakan rakan dagang Malaysia kelima terbesar dan Malaysia adalah rakan dagang keempat terbesar Thailand.

Malaysia dan Thailand menyasar untuk meningkatkan lagi perdagangan dua hala kepada USD30 bilion (RM113.4 bilion) menjelang tahun 2018.

Pada tahun 2014, nilai eksport Malaysia ke Thailand adalah bernilai USD12.3 (RM46.5 bilion) berbanding nilai import bernilai USD12.1 bilion (RM45.7 bilion).

Kedua-dua negara sedang memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi dan hubungan jalan kereta api serta jalan raya di sepanjang sempadan.

image

Thailand kini menggerakkan pembangunan Zon Ekonomi Khas Sadao–Padang Besar di selatan untuk menjana pendapatan dan pekerjaan untuk penduduk tempatan.

Thailand juga telah menjalankan kajian mengenai pembentukan Bandaraya Getah di Estet Perindustrian Wilayah Selatan di Ban Chalung di daerah Hat Yai, Wilayah Songkhla dalam usaha mempromosi pemprosesan getah dan menambah nilai produk getah.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI