Raja Bhumibol Adulyadej – Raja Paling Kaya di Dunia

Bhumibol Adulyadej menggunakan gelaran Rama IX dan paling lama berkuasa di Thailand. Baginda mula memerintah pada 9 Jun 1946 dan ditabalkan pada 5 Mei 1950.

Menurut Forbes, jumlah kekayaan yang dimiliki oleh baginda ialah sekitar USD30 million. ‘Crown Property Bureau’
menguruskan semua kekayaan dan pelaburan baginda. Ia termasuklah 1.340 hektar tanah di kota Bangkok dan 5.340 hektar tanah di pelbagai wilayah luar bandar di Thailand.

Selain itu, baginda turut memiliki 32 peratus saham Siam Cement, 23 peratus saham Siam Commercial Bank dan berbagai jenis pelaburan yang lain.

image

Baginda juga memiliki 545 karat Golden Jubilee Diamond, salah satu berlian terbesar di dunia yang dianggarkan bernilai antara USD4 juta hingga USD12 juta. 

Di bawah undang-undang Thailand, Raja Bhumibol tidak boleh dihina. Barang siapa yang didapati menghina sang raja, mereka boleh dikenakan hukuman penjara.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI