Bangkok Kaya Pelbagai Selera

bangkok

Bangkok Kaya Pelbagai Selera : Budaya, makanan gerai, beli belah, hidupan malam

Tak kira apa minat anda, Bangkok, atau nama manjanya Big Mango, mampu menyediakannya: sama ada anda suka akan budayanya, gemar beli-belah di gedung besar atau menyesatkan diri di lorong-lorong chenta. Kata kuncinya adalah relaks. Turuti kata-kata Thai mai pen rai (apa yang bakal terjadi) dan sikap sanook (seronok itu mudah) dan anda takkan gagal untuk menikmati kota yang terkapar, mengelirukan dan cukup memikat hati ini.

Iklim Thailand

Iklim Thailand selalu dikatakan sebagai panas (November-Februari), lebih panas (Mac-April) dan basah (Mac-Oktober), dan terdapat sedikit variasi mengikut daerah. Bangkok adalah destinasi sepanjang tahun, walaupun April sangat panas dengan suhu mampu mencecah sehingga 40°C, dan bulan September dan Oktober biasanya banjir. Musim sejuk, dengan langit biru dan berangin paling menyeronokkan – tetapi ia juga saat paling sibuk bandar ini.

Terdapat 18 cuti umum dalam setahun di Thailand, di mana kebanyakan perniagaan ditutup, tetapi kedai dan restoran di pusat pelancongan kekal dibuka. Songkran, Tahun Baru Thailand dan percutian terbesar jatuh pada pertengahan April.

Tarikan Membeli belah

Daripada gedung mega Siam Paragon dan CentralWorld ke pasar malam menawarkan produk berjenama tiruan, Bangkok adalah syurga beli-belah. Pasar paling terkenal bandar ini, Chatuchak Weekend Market (dikenali sebagai JJ bagi orang tempatan), mempunyai 6,000 gerai menjual apa saja dari barang antik ke batu permata ke denim vintaj dan seni berkualiti.

Bangkok

Pengangkutan Awam

Bangkok Mass Transit System (keretapi udara BTS) dan Mass Rapid Transit (MRT) adalah bersih, efisyen dan murah – gunakannya bila perlu. Teksi juga murah dan banyak; anda perlu beritahu kepada pemandu untuk gunakan meter. Tuk tuk menyeronokkan, tetapi bising dan mencemarkan jadi lebih sesuai untuk perjalanan jarak dekat. Sementara ada pilihan untuk menggunkan teksi motor di sini, perlu beringat yang anda takkan dilindungi insurans perjalanan jika berlaku kemalangan.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI