Malaysia Airline A380

Woww, teruja lah juga sebab perjalanan Kuala Lumpur – London akan menggunakankan pesawat Malaysia Airline Airbus A380. Pesawat yang mempunyai 22 buah tayar ini berkeupayaan membawa 525 penumpang dengan konfigurasi tiga kelas atau lebih 800 penumpang untuk konfigurasi satu kelas. Namun MAS memilih untuk membawa 494 penumpang bagi tujuan keselesaan.

Katanya, empat orang juruterbang diperlukan kerana masa bekerja maksimum bagi seseorang juruterbang ialah lapan jam. Sedangkan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London memakan masa lebih 13 jam. Nah, dibawah ini adalah fakta mengenai Airbus A380

mas a380 1

Khabarnya MAS A380 ialah satu-satunya penerbangan perkhidmatan penuh yang menawarkan perkhidmatan terus di antara Malaysia dan UK. Betul lah tu agaknya. Ermm, aku pergi ke Milan Itali beberapa tahun lepas pun berhenti jap di Qatar. Gigih transit dikkk hahahaha. At least boleh check in di negara orang. Betul tak?

mas a380 2

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI