Restoran Jepun Hei Sushi, Alamanda

Lama tidak update blog berkaitan tempat makan yang aku kunjungi. Biasalah, mood menulis blog ni bermusim. Time rajin, memang rajin amat-amat. Time malas, nauzulillah kemalasannya. 

Semalam dok jejalan makan dgn Nusaibah di Alamanda. Tetiba tekak teringin nak makan sushi. Jadi aku pun mencuba makan Hei Shusi di Alamanda. Diorang claim sudah dapat sijil halal dari JAKIM. Aku pun nak lah mencuba kan. Sebab salama ini pernah makan di Sushi King sahaja. Tempat lain memang tak pernah.

Dikkkk…punyalah pening nak ambil order apa. Bagi aku, agak tidak mesra pengguna gamaknya. Tak banyak pilihan yang bersesuaian dengan aku.

Bayangkan, aku order ciput je semalam. Walhal perut sedang lapar. Sebab tak tahu nak order apa dik. 

Agaknya ini konsep menu makanan disini kot. Lebih kepada fine dinning agaknya. Memang kembali kepada Sushi King. Banyak pilihan dan lebih santai.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI