MEE KERAS

Sunyinya 🙂 lapar tapi tak ada mood nak makan. Tak tahu nak makan apa. Plan macam nak puasa je. Tapi tengoklah macam mana esok. Harapnya tiada godaan ahaks. Lagipun esok petang macam ada meeting for our new system je. Pengsan

Now tinggal berdua sahaja bersama Cici Esmidar Gonzales yang memang dok suka tidur je now. Housemate pergi outstation lah pulak. Aiyooo…

Apa plan? tengok youtube, main xbox 360, tengok movie and bla bla bla. Pengsan lagi… Hurmmm, rasa macam nak polish my performance and skill for value added. Its good if I can see someone who is much more knew and better – dalam bidangnya 🙂

Apapun, petang yang berbahagia ini aku agak kenyang dengan mee keras aka mee kering aka mee gulung. Makanan orang Johor dan rasanya hanya boleh didapati di Johor. Kalau ada kat tempat lain pun..haruslah aku memborongnya.

Dulu mee keras ini memang menu wajib yang akan aku beli time waktu rehat semasa belajar di Sek Rendah dan Sek Menengah. Makan dengan sambal kicap atau sambal merah yang super pedas atau just makan begitu sahaja 🙂 nyum nyum

KLMJ – Kenangan Lalu Menusuk Jiwa

Posted from WordPress for BlackBerry.