Hilang Passport Di Luar Negara

Sedikit panduan jika passport anda hilang atau dicuri atau lupa letak mana tatkala bercuti di luar negara:- Hilang Passport Malaysia Di Luar Negara

Hilang Passport Di Luar Negara

Buat Laporan di Balai Polis Berhampiran

Ini perkara pertama yang anda perlu lakukan. Sebab, jika anda ingin memohon sijil passport sementara di kedutaan, mereka akan minta laporan polis dahulu. Begitu juga halnya jika anda ingin tuntut dengan pihak insuran.

Duit/Kad Kredit/Kad Debit Hilang Passport Di Luar Negara

Pastikan anda menyimpan duit di tempat-tempat yang berlainan. Kalau pergi dengan kawan atau keluarga pun, kongsi-kongsilah sikit. Senang jika ada kejadian kecurian atau kehilangan, tak semua duit anda hilang sama. Sekurang-kurangnya adalah backup plan kan.

Begitu juga dengan kad kredit / kad debit. Pastikan berduit / berbaki lagi. Kita boleh keluarkan duit di ATM (pada kos tertentu). Kalau terdesak sangat, minta rakan-rakan atau keluarga hantar cash melalui Western Union. Hilang Passport Di Luar Negara

Pejabat Kedutaan /Pesuruhjaya Tinggi Malaysia

Sebelum pergi ke mana-mana negara, pastikan anda ada menyimpan alamat dan nombor untuk dihubungi akan pejabat kedutaan / pesuruhjaya tinggi Malaysia di negara terbabit. Mudah, jika ada apa-apa kesulitan.

Cara Mohon Sijil Passport Sementara di Luar Negara : PENGELUARAN SIJIL KECEMASAN (KEHILANGAN DOKUMEN PERJALANAN/PASPORT)

Anda dinasihatkan menyimpan satu salinan fotokopi pasport anda sepanjang masa bagi memudahkan anda sekiranya anda kehilangan pasport di luar negara. Jika dalam apa jua keadaan, dokumen perjalanan/pasport anda hilang semasa berada di luar negara, langkah berikut perlu diambil:

Melaporkan kehilangan dokumen perjalanan di balai polis terdekat. Memohon Sijil Kecemasan di Perwakilan Malaysia terdekat. Dokumen yang diperlukan adalah seperti yang berikut:

  • Satu salinan laporan polis. Hilang Passport Di Luar Negara
  • Dokumen lain yang boleh digunakan sebagai bukti kerakyatan. Sebagai persediaan, lebih elok scan dahulu mana-mana dakumen penting seperti passport / mykad etc

Alamat, nombor telefon dan alamat e-mel Perwakilan Malaysia boleh didapati di bawah tajuk Perwakilan Malaysia Di Seluruh Dunia. Satu Sijil Kecemasan akan dikeluarkan oleh Perwakilan bagi membolehkan orang berkenaan pulang ke Malaysia (perjalanan sehala sahaja).

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI