Beli Makanan Kucing Murah

Aku ni bela 7 ekor kucing. Nak kata duit ada dan tak ada tu susah nak kata. Yelah kan, bajet untuk pelihara kucing memang tak dikhususkan sebab aku sudah tidak jual anak kucing sekarang ni. Jadi, segala kos makan minum dan perubatan memang sendirian berhad hihi.

Jadi, sudah semestinyalah aku akan memikir dan mencari mana mana produk yang dijual pada harga kasih sayang. Dulu dan kini aku masih setia menjadi pelanggan tetap Dewi Petshop. Bermula dari kedainya di Kerinchi KL sehinggalah dia buka cawangan di Jalan Reko Kajang Bangi. Syukurlah naqqq.

Anak anak kucing aku hanya nak makan makanan kucing jenama Royal Canin sahaja. Pernah mencuba tukar kepada jenama lain, tak nak plak mereka makan. Sentap. Dah lah mahal makanan jenama nie. Pengsan. 

Sekarang aku main tukar tukar jenis makanan. Kekadang Persian, kekadang Kitten, kekadang Hair & Skin… dan kini aku tukar kepada Sensible dan Indoor pula. Beli sebab stok jualan di kedai dan juga bajet. Boleh je sebab masih lagi guna jenama yang sama. 

Pasir pula memang guna jenama OkoPlus je sebab aku duduk apartment. Tak boleh guna pasir biasa. Memang kene guna pasir yang boleh flush dalam toilet. Harga yang ditawarkan pun masih boleh diterima. Semakin banyak beli, semakin murah. 

Kita ni bela kucing modalnya cuma 2 je iaitu makanan dan pasir. Lain-lain tu jarang-jarang nak beli.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI