BURGER aka MAKANAN SEGERA

Semua sedia maklum, burger merupakan makanan ‘ringan’ yang selalu orang makan time malam + malas + gitu2. Tak kisahlah burger McD atau Burger yang dimasak di tepi2 jalan atau restauran. Yang penting, mudah + cepat.

Dulu, time kecik2 aku amat2 jarang dapat makan burger. Boleh dikatakan sebulan sekali pun susah mau makan. Biasalah, duduk di kampung. Dapat makan pun kalau parent aku pergi pasar minggu yang dibuat seminggu sekali di pekan sri medan.

Time tu, kalau dapat makan burger memang syukur dan nikmat sangat sangat. Biasalah, jarang dan agak susah mahu dibeli 🙂 aku betul2 rindu pada saat itu.. I mizz u mom

Tak lama selepas itu, adalah brother kat kampung aku nie dok buat stall di hadapan masjid..jual burger. Masyaallah, memang laku dan tak menang tangan. Memang dapat sambutan yang menggalakkan daripada orang kampung dan kwsn sekitar. Jakon kan 🙂 tiap petang / malam pasti akan habis cepat. Tak menang tangan.

Ala2 juadah mewah yang sukar untuk diperolehi.. Biasalah, budak2 memang suka 🙂 kalau boleh, tiap hari mau makan burger.

Tapi, dah besar nie aku try to avoid daripada makan makanan segera ( termasuk burger). Tak baik untuk kesihatan. Minyak tepunya banyak..lemaknya jangan ceritalah.

Dalam iklan bolehlah cerita gitu gini kandungan produk bla bla bla nie camne. Tapi realitinya? Makanan segera tetap makanan segera. Apapun, memang tak baik untuk dimakan selalu. Kalau boleh jangan makan terus..khasnya bagi kanak2 / anak2 kecil.

Cz bagi aku, its not jz about halal or haram or what so ever. Its all about kesihatan untuk jangka masa panjang juga

Posted from WordPress for BlackBerry.