Naik Bot di Paris

Mesti penat kalau nak menapak atau naik turun Metro atau bus keliling Paris sebab nak ambil gambar sana sini kan. Traffic jem nya lagi.

Kak Aida ada hantar email utk update kat website…. ??? hihi

A photo posted by MNM (@denniszill) on


Jadi, apa yang perlu buat? Beli je tiket naik bot untuk pergi ke 9 station yang ada tarikan pelancongan. Harga hanya Euro17 seorang untuk sehari suntuk.

Boleh naik turun naik turun sampai ko puas hari seharian hahaha. Ada juga alternatif lain pada harga Euro15 untuk 1 jam atau Euro10 (guna tiket Paris Visit). Untuk yang guna tiket Paris Visit, aku tak pasti macam mana nak guna samaada bayar sekali untuk sehari suntuk atau pada tempoh masa tertentu. Kami tak habis ronda ronda. Tu yang terlepas pandang.

9 station yang bot ini pergi ialah Champs Elysees, Louvre, Hotel De Ville, Jardin des Plates, Notre Dame, Saint Germain des pres, Musee d’Orsay, Tour Eiffel dan Beaugrenelle.

Notre-Dame ???

A video posted by MNM (@denniszill) on

Kalau dapat pergi semua tempat ini dalam 1 hari memang tabik spring ler. Diorang beroperasi dari 10 pagi hingga sekitar 7 malam sahaja. Ikut musim dan hari. Kalau sabtu ahad ada yang sampai 9.30 mlm. Kene check di kaunter.

Macam kami, diorang hanya beroperasi 10 pagi sampai 7 mlm je sebab musim sejuk, jadi waktu siang agak singkat. Pukul 6 dah gelap.

Area bangunan opera mereka kot ???

A video posted by MNM (@denniszill) on

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI