Sama macam di Paris….Amsterdam pun ada menyediakan perkhidmatan menaiki bot di terusan mereka yang popular saentero dunia tu.
Tuan rumah tempat kami duduk tu ada bgtau disini ada banyak pakej. Pilih je mana satu yang bersesuaian dengan bajet. Kalau nak naik bot yang berbumbung, harga paling murah yang boleh dapat ialah euro10 untul sejam.
Kalau nak yang lagi murah, guna je bot yang tak berbumbung. Harga hanya euro5 sahaja. Ikut bajet dan kesesuaian suhu semasa.
Tatkala kami pergi tu suhu 2 darjah celsius dan berangin. Jadi, selayaknya naik bot berbumbung lah kan. Tapi lecehnya bot berbumbung dan bertingkap bagai ni adalah gambar atau video yang diambil tak cantik sangat.
Ada pro dan kontra ler.
Cantik amat dikkkk suasana sekitar Amsterdam. Kat dalam bot tu adalah diterangkan dan ditunjukkan mana mana tempat tarikan yang pengunjung boleh singgah nanti. Ada bagi beberapa tips dan bla bla bla.
Di Amsterdam ni orangnya lain berbanding paris. Lebih mesra dan speaking pun not bad. Katanya di sini pun mereka ditekankan untuk belajar dan bertutur dalam bahasa inggeris. Kata tuan rumah tu ler.
Habis sejam ronda amsterdam via bot, kami balik dulu rumah untuk mandi dan berehat seketika. Sejuk dikkkkk
Lagipun kat amsterdam nie pusing sana sini sama je persekitarannya. Kecil je keluasannya.