Kami berada di Amsterdam lebih kurang 2 hari 1 malam sahaja. Kami banyak tertumpu melawat kawasan menarik di sekitar pusat bandar amsterdam sahaja. Agak-agak yang jauh dan ambil masa nak pergi tu, kami abaikan. Sekadar nak check in dan lihat bandar nie je pun.
Oleh kerana kami tak dapat masuk ke Louve Museum di Paris, tuan rumah tempat kami menginap tu bagi cadangan…datang ler ke Rijksmuseum. Katanya disinilah ‘mini the lourve’. Harga nak masuk pun tak lah mahal sangat. Jadi kami pun OK. Sebab orang eropah nie memang sikit-sikit buat museum. Suka simpan koleksi dan bernostalgia kot.
Like seriously, orang sini memang sangat menghargai sejarah. Anak-anak kecil mereka memang diajar dan nampak sangat digalakkan masuk ke museum. Impress sangat.
Macam aku sendiri pun memang suka sejarah.
Kat dalam ni ada macam-macam koleksi sejak tahun 1100 hingga 2000. Tak ingat ada berapa tingkat tapi memang besar gedabak jugak lah. Jadi disini aku tak dapat bayangkan macam mana The Lourve kat Paris tu. Mesti berganda-ganda dan memang betullah kata orang. Pergi sehari memang tak cukup.
Aku datang sini pun skip sana sini. Kalau betul-betul menghayati, memang tak habis juga lah nak Rijksmuseum nie.